Maksud Mimpi gigi patah ?? Percaya atau tidak ??

Assalamualaikum..,
 alhamdulillah masih ada masa untuk saya habiskan cerita saya yang bergantung dari entry sebelum ni Baca Sini Untuk entry mula..



Okay berbalik pada cerita mimpi tu.. actually saya bermimpi gigi depan atas patah .. selang beberapa minggu tapi rasanya seminggu selepas beritahu mak berkenaan mimpi tu arwah atok meninggal..,
Terlalu deep kesan yang ditinggalkan bagi aku.. Arwah atok sangat baik dan pendiam.. dia persis sebiji macam perangai Ayah.. Ingat lagi sewaktu aku masih belajar di sebuah kolej bertempat Kepala Batas penang..
bila nak balik ke semenanjung je atok mesti bagi or hulur duit belanja sedikit untuk bekal di asrama nanti.. walau pun tak banyak RM 50 tu dah cukup banyak bagi aku yang hidup susah ni.. nekad aku , aku janji akan belajar betul betul untuk dapatkan CGPA 3.5 ke atas ... Alhamdulillah target ku tercapai.. cuma aku tak sempat nak belanja arwah.. ermmm..

Selepas permergian arwah atok.. aku di kejutkan lagi dengan berita kemalangan arwah pak cik suami kepada kakak ayah aku.. Ya Allah terkejut yang amat.. aku kehilangan dua orang dalan bulan yang sama.. arwah pakcik terlibat dengan kemalangan kereta terjatuh di cerun bukit dalam perjalanan dari tawau ke kota kinabalu..
dalam kejadian tu cousin anak beranak dan arwah pak cik sahaja yang berada dalam kenderaan.. semuanya hanya cedera sahaja kecuali arwah pakcik yang dah tak bernyawa.. Ya Allah Engkau lah yang merancang dan membenarkan semuanya berlaku.. setiap yang terjadi pun Engkau datangkan dengan Tanda.. tanda samada pada orang yang ingin Engkau panggil ataupun orang di sekelilingnya..
Aku sedih bila terkenangkan cerita ini.. mata aku pun still tergedik2 sambil menangis terkenangkan cerita ni..,
Bila saja aku tahu tentang pemergian Arwah pakcik.. aku teringatkan makcik kakak kepada Ayah.. Bagaimana dengan hidupnya selepas ni.. hilang lah tempat kebergantungan punca rezeki nya.. arwah pakcik keja keras dan punya duit yang banyak bila projek siap.. itu yang aku bangga kan juga sebab aku tahu keluarga belah pakcik ni memang bolah di katakan berduit juga lah di bandingkan keluarga kecik kami..
Tapi aku bersyukur, walaupun keadaan kami tak seberapa Allah masih berikan kami perasaan bahagia di dalam keluarga kecilku .. Alhamdulillah Ya Allah.. ku mohon agar Engkau panjangkan umur Kedua orang tuaku .. baik sebelah aku juga sebelah suamiku.. agar mereka boleh melihat cucu cicit mereka membesar..

Wahai pembaca sekalian.. ini adalah kisah benar yang terjadi.. bukan berniat nak mengaibkan sesiapa dan bukan pula berniat nak melakukan kejahatan oada orng lain.. tiap yang hidup pasti akan merasa mati .. dan mati itu pasti .. Allah sebaik baik perancang .. tiada lah tempat kenbali nya kita hamba Allah melainkan kembali kepadaNya.. dunia hanya tempat mencari amal untuk bekalan di akhirat kelak..
saya memohon maaf kalau ada terkasar bahasa atau kata di dalam entry saya.. yang baik itu daripada Allah Pencipta dan yang kurang itu dari kekhilafan saya sendiri..

Nanti kan entry saya yang lain ya..
Disini saya kongsikan sedikit tafsiran mimpi.. bukan untuk anda percaya tapi sebagai petunjuk bagi anda.. ingat apa yang berlaku itu Atas Kehendak Allah..

Nak tahu sesetengah oendapat tentang mimpi Click sini .. saya share apa yang saya rasa masuk akal.. cuma saya berharap mata tergedik gedik ni bukan petanda yang buruk akan berlaku.. mohon yang membaca doakan ya.. saya doakan anda anda semua di jauhkan daripada segala malapetaka yang tak baik.. amin In shaa Allah.. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts