MATA KANAN GEDIK GEDIK Tandanya ???
Assalamualaikum semua.. dan selamat malam..,
Entry kali ni berkenaan kelopak mata tergedik-gedik.. okay lah.. actually dari minggu lepas lagi kelopak mata kanan ni asyik bergerak2 je.. sekali dye kena tu lama juga mahu makan sepanjang hari kena.. tapi kalau ikut medical ini yang di panggil involuntary twitching muscle of the eye lid . .
Bermaksud pergerakan otot mata yang tidak dikawal oleh otak kita. Rasa tidak selesa juga coz pergerakan ni membuatkan kita rasa terganggu.. itu maksud dan istilah dari segi medically. Tapi kalau dari kata orang tua dulu-dulu.. ermmm.. agak takut juga sebenarnya untuk mempercayai.. mungkin ada betul nya mungkin juga tidak.. yang betul itu mungkin kebetulan kejadiannya atau juga sebagai petanda daripada Allah SWT. Wallahualam.. Allah sahaja yang mengetahuiNya...
Apa-apa pun harap yang baik sahaja .. bukan tak boleh terima berita yang tak baik ni cuma rasa takut sedih dan tak bersedia yang membuatkan semua orang merasa takut..
pernah dijadikan sebagai contoh dan teladan untuk semua.. dulu saya pernah bermimpi.. saya bermimpi gigi depan sebelah atas patah .. dua batang plak tu.. jalan cerita samar-samar., saya seakan ingat ingat lupa.. tapi part gigi saya patah saya berul betul ingat.. sampai kan saya menangis dalam mimpi tu sebab sedih gig depan dah takde then buatkan saya hodoh dan malu nak berdepan dengan orang...
Selepas itu , saya ceritakan pada mak.. dan ayah.. saya cuba juga search apa tanda mimpi tu.. tanya pada kawan kawan kata itu tanda mimpi tak baik.. saya mula nya tak percaya.. saya gigihkan mengGOOGLE tentang mimpi tu.. ternyata dan rata-rata ceritanya sama.. memang menyedihkan..
selepas tu , saya call mak .. ceritakan tentang mimpi tu.. alangka terkejut nya bila mak katakan memang mimpi gigi depan atas patah adalah bermaksud kita kehilangan orang yang dekat dengan kita means keluarga kita lah .. tapi mak nasihat kan untuk berdoa pada Allah.. kun fayakun.. Kalau Allah kata Jadi maka Jadilah Ia.. semuanya ata Kehendak Allah..
tambahan mak lagi kalau gigi belakang bawah maksudnya family jauh sedikit.. selang beberapa minggu itu.. saya dikejutkan dengan berita Atok belah bapa sedang nazak.. pernafasan arwah dalam dan singkat.. bila tengok pada video yang di ambil.. aku berul betul sedih.. itu memang tandanya Atok tak lama lagi.. berdasarkan pengalaman kerja di hospital cancer dulu memang itu tanda yang sama untuk final stage of life bagi seseorang.. dan yang paling sedihnya .. aku tak dapat balik melawat atok buat kali terakhir .. itu lah dugaan hidup seorang anak perantau..
aku hanya mampu menangis dan bersedih diatas keadaan tu dan keadaan aku yang tak mampu nak balik time tu.. keja biasa sahaja dengan bergajikan RM1600 pada tahun 2013/2014..
bukan kata aku nak percaya tapi kebanyakan tanda yang aku dapat selalunya jadi.. aku takut untuk terima kenyataan tu..
Ok untuk cerita ni ada panjang lagi .. tunggu entry seterusnya k.
.
Ni antara maksud yang saya jumpa untuk mata gedik gedik tadi .. haha ..
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Comments
Post a Comment